skip to main | skip to sidebar

ini saya

Ini pendapat saya.
pendapat anda, mungkin berbeza.

Tukang-Goreng

My Photo
MimahZakaria
24.cekgucekgi.takut kumbang.suka kucing.suka novel.suka membaca.suka nyanyi sorang-sorang.suka buat kerja tak berfaedah.gile makan.tak suke sms.suka baca belog org.jiwa sensitif.tapi badan taf.
View my complete profile

Lauk-Pauk

  • ► 2011 (1)
    • ► April (1)
  • ▼ 2010 (6)
    • ► September (1)
    • ▼ August (5)
      • # Drama 1
      • Perlu ke?
      • # Novel 2
      • # Novel 1
      • Sharing is caring

Pelanggan-setia

Yang Lazat

  • Cik BoOnga
  • http://lovelovedlovely.blogspot.com/
  • Mek Dayah

Dari Mata Hati Rasa Kami

Friday, August 27, 2010

# Novel 1

PERGILAH AIR MATA
Hanni Ramsul
Kaki Novel



Kata buku:

Noktah bahagia yang menjadi anganku, ternyata cuma titik mula pada derita yang tidak bertepi.
Sumpah bukan ini yang aku mahu.
Sumpah juga, aku tidak pernah mahu membuat kau terseksa.
Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu.
Aku rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya.
Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya di hati ini?
Mungkinkah kita sama-sama berkongsi satu rasa?
Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut?
Atau.... mungkinkah segala yang berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri?
Mungkin... kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang.
Bencimu padaku setinggi awan yang menyapu langit...
................SABRINA

Memang aku benci.
Memang aku tidak pernah rela dengan takdir ini.
Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yang paling kubenci ini?
Mengapa hati ini penasaran setiap kali kau menagih perpisahan yang pernah aku janjikan?
Cintakah ini, apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu?
Sayangkah ini, apabila hatiku digaru resah tiap kali aku cuba lari darimu?
Mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul kukuh di hati dia.
Lalu, apa sebenarnya yang berlaku di antara kita?
Bagaimana cara untuk aku hapus wajahmu yang terus menemani mimpiku?
Di mana noktahnya mainan perasaan ini..,
............BADRUL

Kata saya:

Buku setebal 858 muka surat ini hanya mengambil masa selama 2 hari sahaja untuk aku habiskan baca..Iyer..
2 HARI SAHAJA.Mau tak dua hari, sanggup stay up smpai kol 2 pagi semata-mata kerana novel ini even esoknye kerja..kalo kat sarawak ni, 2 pagi cam 3 pagi la kat semenanjung..stat kerja pun kol6.45pagi..mau mata cam ikan buntal pagi esok tu..dicampur plak dengan hati yang terlebey sensitif ni..bleh plak nangis-nangis baca cite ni..huh, nyampah!!!osmet2 sekalian sedang enak dibuai mimpi, kita teresak-esak sambey sedut hingus dari keluar.ceridak tol..

**************

..ohhh..berbalik pada PAM..kenapa saya sanggup habiskan masa tido saya yang saya rasa sangatlah penting untuk badan kita jadi lebih sihat dan segar?dan kenapa saya sanggup menolak semua kerja-kerja sekolah yang saya sangat suka buat dan baca PAM ni?*ohh..ada sedikit penipuan di situ..tp utk sedapkan ayt, sik hal laa...hikhikhik*..KENAPA?
Kerana sekali anda semua membaca mukasurat pertama, anda sudah jatuh cinta dengan jalan ceritanya..anda akan teruk membelek dan membelek, menyelak dan terus menyelak helaian seterusnya..seperti saya, yang akhirnya tersangkut dengan novel ini sampai sanggup tak makan, tak tidur..

Bila baca buku ni, kita akan tau bahawa jodoh itu sudah ditetapkan untuk kita sejak azali lagi..walau macam mana carapun, kalau dia adalah jodoh kita, kun fayakun nya, dia tetap akan jadi milik kita..eh jap..kun fayakun tu ape?saya rase macam best je untuk menggunakan perkataan itu di situ.Rasa sedikit arab di dalam diri ini hehehe..dan, kalau betul dia bukan jodoh kita, bercinta lah selama manapun, berkasih sayang lah selama manapun,dia tetap tidak akan menjadi hak milik kita.and kita sendiri pun, as a muslim, mesti percaya pada Qada' dan Qadar kan..tgk cam badrul ni, rugi je..brp tahun kahwin dgn sabrina baru dpt trime qada' dan qadar hahaha..woit2.emo tetibe laa plak..tp kalo sape2 jadi cm badrul pun mesti mahu marah2 jugak..ye laaa..kahwin tgkap basah, mau tak malukan family..tak gitu..hehehe...

 **************

Back to PAM, sesiapa yang belum de koleksi novel ni, cepat2 laa ke kedai berdekatan, dan dapatkan lah novel ni..tak rugi woo..sgt best..Jalan cerita yang santai, olahan cerita yang menarik dan tertarik, watak yang best dan bagus, dan yg penting ending yg best hehehe..and novel ni masuk dlm my favourite list novel di mana saya akan fikir sampai 10x before bagi pinjam kat org..sayang wooo..hehehe...

Harga buku ni kat kedai RM28/sem dan RM31/sabah&srwak..tapi sy beli RM24 je..sbb beli kat PBAKL 2010..and boleh jugak beli secara online kat kaki novel..harga dia RM24/sem jugak x silap..tapi RM27/sabah dan srwak..ahhh..korang usha sendiri laaa..so, cepat-cepat la dptkannya utk dijadikan koleksi peribadi anda hehehe..tak rugiiiii...

saya punya rasa: SEDAP SEHINGGA MENJILAT JARI.NAK TAMBAH LAGI.
Posted by MimahZakaria at 5:58 AM

2 respon mereka:

Cik BoOnga said...

sabrina!!! wow!!

-nunna

August 28, 2010 at 2:11 PM
MimahZakaria said...

pity of sabrina in this story..yu shud read hahaha...*aku tau mu nk koya*

August 31, 2010 at 8:20 AM

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod